hai assalamualaikum... Nozie's Delight salam perkenalan dari saya bagi pihak noziesdelight. kami menyediakan homemade halal product di taman sri kluang johor..kami menjual pelbagai jenis biskut, kek dan coklat (homemade). kami juga mengambil tempahan biskut untuk hari raya atau untuk dibuat hantaran. Kepada yang berminat, sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email noorziahatan@yahoo.com atau hubungi di nombor 012-7285402. Terima kasih.

Monday 18 July 2011

Tempahan sebelum menjelang ramadhan al mubaraq

ni tempahan dari member2 anak di KL..diantara nya merinque cookies....toasted coconut....,pandan ice cream ....dan chocolate chips cookies....terima kaseh  pada yang order...kalau sedap bagi tahu kawan2 ya...kalau tak sedap jangan malu2 bagi tahu saya : )

marble butter cake

marble butter cake ni order dari hana....tmn berlian..hana kata saje2 order utk makan2,tq hana

order dari hana

chocolate ni pon order dari hana dari tmn berlian kluang....nak bagi kat anak2 buah katanya

Wednesday 15 June 2011

Tu dia...my merinque cookies

merinque cookies .....RM 26 per btl..mengadungi 90 pcs cookies

ermm sedap nya

fruit tart buat utk makan2....sesapa nak order,jgn segan2,call atau sms saya

yang ni pandan ice cream choc bar...baru keluar oven....salah satu cookies raya dr nozies delight utk 2011
mee rebus ni order dari kak limah  .....selamat menjamu selera...thanks for your order

Sunday 5 June 2011

setakat hari ni,baru byk ni aje tester cookies yg siap..byk lagi lum buat haiyok sempat ke ni..agen2 semua dah bertanya dah siap ke belum tester biskut raya...wahhh tak sabo2 nampak nya...jgn risau semua akan dpt juga...sebenarnya saya betul2 bz..rasa tak cukup tangan,mana nak buat talam..karipap lagi...sabo2 ya..dan pada adek2 yg menelefon dan yang menghantal email utk jadi agen ..akak minta maaf byk2 ya terpaksa tolak..mungkin boleh cuba utk tahun depan ya :-)

Tuesday 3 May 2011

apam mekar

malam semalam,tina dari yong peng tiba2 call nak order apam mekar,140 biji..packing 70,70 biji..ekceli tina nak ke jb..melawat sedara katanya,so nak bawa sikit buah tangan...tu yang tetengah malam call...nasib baik ada stock,so pepagi subuh dh bangun siapkan apam tuk tina...lepas tu bergegas pulak tunggu tina kat tol ayer hitam,tuk serahkan apam yg di tempah......terima kaseh tina ,lain kali nak order,call cepat2 ya

Thursday 28 April 2011

ini lah dia teratak bonda

 tabletop L shape
 bahagian belakang rumah....tu dia tuan rumah,yang bertongkat,sedang melihat lihat kawasan sekitar rumah dia.....yang baju merah tu,abaikan je lah
 pandangan dari tepi kiri rumah
ni pulak bahagian tepi kanan rumah,ada sliding door,orang yg tengah berdiri tu pon abaikan ya

 pandangan ke dapur dari ruang makan
pintu utk ke bahagian belakang rumah
pintu utama
pintu sebelah kanan tepi rumah,yg ada sliding door
tu dia lampu2 dan kipas dah siap pasang

Wednesday 27 April 2011

majlis pertunangan anak dara saya

 selamat bertunang nadia & fizree...semoga sampai ke jinjang pelamin..
 di apit oleh abang dan kakak ipar
 bersama adik2 tersayang
 amboi adik2 dia pulak nak posing

Tuesday 12 April 2011

VARIOUS COOKIES

strawberry fingers
chocolate chips
pistashio white delight
toasted coconut

APAM! APAM!

apam gula hangus
yang ni pulak apam mekar...ini lah antara apam2 keluaran nozies delight yang sering mendapat tempahan....ada lagi apam lain,tapi tak sempat nak snap hu hu...sesiapa yang berminat nak oder,boleh call atau sms ya....gambar2 apam lain akan menyusul kemudian

COKLAT HANTARAN

coklat2 ni di tempah untuk di buat hantaran pertunangan oleh seseorang




Wednesday 30 March 2011

cenderahati

coklat dgn filling mocca ini utk  siti...kata dia beli yang kecik2 dulu utk rasa2...lain kali baru order yg besar pulak...apa2 lah cik siti...

 
bekas kosong sedang menanti utk diisikan coklat......dibawah pulak 150 kotak coklat dgn pelbagai corak dan isian,utk doorgift hari pertunangan,terima kaseh dari noziesdelight kpd yg menempah dan selamat bertunang...

c

Friday 25 February 2011

lolichoc

hari ni dapat siap kan seratus batang lolichoc,tapi belum dapat masukkan gambar..tungguuuu

Monday 21 February 2011

BLUEBERRY CHEESE TART


ermm..nampak sedap kan...memang sedap pon...kalau nak rasa apa lagi,order la

Special Order: Hantaran & Hadiah





Corak/bentuk dan warna coklat adalah bergantung kepada permintaan. Kotak disediakan dalam pelbagai pilihan warna.

dibuat istimewa buat anak sedara saya nana untuk hantaran pertunangannya....selamat bertunang  nana dan zaidi

(Gambar contoh - Dekorasi bunga dan reben di luar tidak disediakan)